Pandangan Pembaca :
- Minda Intelek : AUKU melahirkan mahasiswa berfikiran kritis
- Pemikiran Kritis Pencetus Budaya Inovasi
Negara perlu guru berdaya kreatif : Najib
2011/07/09
SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak malam tadi berkata, negara memerlukan warga pendidik yang memiliki daya kreativiti selain komitmen dan dedikasi terhadap profesion perguruan.
Dalam era globalisasi ini, katanya, golongan guru perlu memiliki kebolehan tinggi dalam soal adaptasi dan melakukan penambahbaikan dalam tugas supaya anak murid mereka tidak menjadi bosan dalam proses pembelajaran.
Berucap merasmikan Konvensyen Guru-Guru Muda 2011 (KOGUM) di sini, Najib menegaskan sekiranya guru ingin mengajar kemahiran berfikir maka mereka juga mesti tahu cara berfikir.
"Kita tidak mahu anak-anak kita menghafal atau rote learning," katanya.
Najib berkata negara mahukan murid-murid di negara ini boleh berfikir secara kreatif dan boleh membuat rumusan menerusi pemikiran lebih daripada penghafalan.
Beliau berkata, guru-guru juga perlu mempunyai kebolehan pelbagai kemahiran misalnya guru subjek Kesusasteraan Inggeris juga memerlukan kemahiran penguasaan bahasa Malaysia untuk memberi pengajaran yang lebih berkesan.
Katanya, warga guru juga perlu mempunyai komitmen di dalam menjalankan amanah mereka terutamanya dalam mengotakan janji untuk sanggup berkhidmat di kawasan pedalaman.
Beliau mengimbas kembali karenah guru yang tidak sanggup berkhidmat dalam tempoh masa yang lama di kawasan pedalaman semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran satu ketika dahulu.
Katanya, sebenarnya Malaysia bukan kekurangan guru tetapi terdapat ketidakseimbangan di mana lebih ramai guru di bandar daripada di luar bandar.
Oleh itu, beliau berkata, jika para guru ada semangat perjuangan, mereka akan sanggup berkorban.
Najib berkata, jasa guru kepada negara adalah hebat selain daripada mempelopori perjuangan kemerdekaan, mereka juga meniti kemerdekaan dan sebagai agen mobiliti sosial.
Menerusi pendidikan, Malaysia berjaya membebaskan sesebuah keluarga daripada kemiskinan dalam peringkat satu generasi sahaja dan perkara ini agak sukar disaksikan di negara membangun mahupun di negara maju seperti United Kingdom.
Pada majlis itu, Najib melancarkan KOGUM 2011, Majlis Perundingan Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia, dan portal pendidikan SKOR Ai-Teacher. - BERNAMA
Ibu bapa digalak pelajari matematik bantu anak berfikiran kritis
Oleh Zahari Othman
2011/01/07
PERSEPSI ibu bapa mengenai matematik banyak mempengaruhi cara mereka menyelesaikan masalah matematik anak. Jika ibu bapa melihat matematik sebagai aktiviti menghitung saja, maka ada antara mereka tergesa-gesa menghantar anak ke pusat pembelajaran mental arithmetic tanpa memikir cara lain mengatasi masalah berkenaan.
Ramai ibu bapa yang menghantar anak mempelajari mental arithmetic atau kaedah kira cepat lain mendapati anak pandai mengira, tetapi kebanyakannya gagal menyelesaikan masalah berbentuk ayat dan gambar rajah. Amat aneh jika pelajar lemah Matematik.
Hakikatnya tiada bukti mengaitkan penguasaan mental arithmetic dengan kebolehan menyelesaikan masalah matematik berbentuk ayat, gambar rajah atau simbol.
Penulis percaya ibu bapa boleh selesai sendiri masalah penghitungan tanpa perlu bersusah payah mengeluarkan banyak wang hanya mempelajari mental arithmetic. Dalam soalan penghitungan membabitkan operasi tambah dan tolak, perhatikan apakah nombor yang sukar ditambah atau ditolak.
Misalnya anak kita tiada masalah menambah 5 dengan 10 tetapi menghadapi masalah menambah 5 dengan 9. Maka latihan membabitkan nombor ini perlu diberi. Begitu juga dengan nombor lain seperti 6 dan 9, 7 dan 9 serta 8 dan 9. Ibu bapa juga boleh merancang soalan membabitkan operasi tolak seperti 15-9 dan 14-9. Selain melatih anak dengan soalan membabitkan lebih dari satu jawapan.
Sebagai ibu bapa, kita juga harus kritis mengenai program Matematik anjuran sekolah. Misalnya ibu bapa seharusnya mempersoalkan kewajaran sekolah menjemput penceramah luar yang sekadar menerangkan teknik penghitungan sambil menjual buku pada anak kita, pada hal tahap ilmu disampaikan adalah ilmu asas Matematik dan seharusnya semua guru Matematik berkebolehan menyampaikan ilmu ini secara kreatif.
Namun, jika program matematik membabitkan aktiviti membina pemikiran matematik, kritis dan kreatif dalam Matematik atau program problem solving yang guru tidak mampu melaksanakannya, maka tindakan menjemput penceramah luar adalah wajar.
Selain membina kemahiran anak kita berfikir dalam matematik, guru juga berpeluang mendapat pendedahan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik untuk meningkatkan kualiti pemikiran dan pengajaran mereka.
Ibu bapa juga boleh membuat cadangan supaya guru Matematik khususnya di sekolah rendah, mengendalikan beberapa bengkel pendidikan matematik untuk ibu bapa. Di Amerika, program ini dikenali sebagai family maths bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa bagaimana membina kemahiran berfikir secara Matematik di kalangan anak.
Dengan ini mereka akan lebih kreatif dan kritis dalam menyelesaikan pelbagai masalah matematik termasuk masalah berbentuk ayat, gambar rajah selain masalah penghitungan.
Sekiranya guru tidak mampu mengendalikannya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru harus mengambil inisiatif menjemput penceramah yang pakar dalam membina pemikiran Matematik mengendalikan bengkel begini.
Sudah sampai masanya ibu bapa menyedarkan sekolah dan guru supaya melihat proses mendidik anak dalam matematik bukan sekadar menumpukan kepada program motivasi, kelas bimbingan dan seminar peperiksaan tetapi problem solving yang antaranya membina kemahiran berfikir secara matematik sekali gus membolehkan anak kita berfikir secara kritis dan kreatif dalam Matematik.
Selain cemerlang dalam peperiksaan, ibu bapa juga boleh membantu anak membudayakan matematik dengan mengaitkannya dengan kehidupan. Misalnya, ibu bapa boleh meminta anak membandingkan perbelanjaan keperluan makanan sekeluarga setiap bulan dengan keperluan lain dan membuat cerapan (observation) dan kesimpulan kenaikan dan penurunan perbelanjaan pada bulan tertentu.
Aktiviti ini dapat melatih anak membentuk pemikiran Matematik kerana cerapan, mengesan pola (di sini pola perbelanjaan) dan membuat kesimpulan berasaskan data (bentuk perbelanjaan) diperoleh adalah satu pendekatan dalam pemikiran Matematik.
Ibu bapa boleh memikirkan pelbagai aktiviti lain untuk mengaitkan pemikiran matematik dengankehidupan. Namun, untuk lebih berkesan, ibu bapa harus mempelajari asas kemahiran berfikir secara matematik, pemikiran kritis dan pemikiran kreatif untuk membolehkan mereka menerapkan kemahiran ini kepada anak dengan lebih berkesan.
Selain mendidik anak berfikir melalui matematik dan bukan menyempitkan persepsi anak mengenai matematik kepada nombor penghitungan dan peperiksaan saja.
Pelajar perlu miliki daya kreatif, inovasi
2010/08/07
MUHYIDDIN bertemu wakil pelajar, dari kiri, Mohd Kamal Ali, Ahmad Wafi Sahedan, Muhammad Hilmi Juhari, Khairul Anuar Abu Kasim, serta Muhammad Haniff Humam selepas merasmikan MPPK, di Putrajaya, semalam. Turut hadir, Mahamed Khaled dan Saifuddin.
PUTRAJAYA: Golongan pelajar bukan saja perlu mahir dalam kemahiran profesional, tetapi turut melengkapkan diri dengan kebolehan generik yang berteraskan daya kreativiti dan inovasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kebolehan generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah atau menghasilkan sesuatu yang berfaedah menerusi cetusan daya kreativiti dan inovasi amat diperlukan negara untuk memacu ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
Selain itu, katanya, kemahiran berkenaan juga berupaya mengelakkan pelajar daripada terjebak dalam perangkap persepsi atau emosi yang mengaburi pandangan mereka mengenai sesuatu isu.
"Pelajar tidak seharusnya mengehadkan pencarian ilmu dalam kuliah, sebaliknya lebih kreatif dalam meneroka ilmu menerusi pelbagai sumber, termasuk pembabitan dalam aktiviti yang akan mendedahkan mereka kepada pengalaman, kemahiran dan pengetahuan yang tidak diperoleh dalam bilik kuliah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Bilangan 1/2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam. Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi MPPK, berkata kemahiran kepemimpinan dan pengurusan organisasi yang cekap dapat diperoleh dan dimantapkan melalui pembabitan pelajar dalam persatuan atau kelab di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS).
Katanya, pelajar juga perlu mempunyai kemahiran untuk berhujah dan mengeluarkan pandangan atau cadangan yang bernas dan kemahiran penting itu boleh dibina serta dimantapkan melalui pembabitan dalam program diskusi atau wacana di universiti.
Muhyiddin berkata, dengan keupayaan berfikir secara objektif dan kesediaan untuk mendengar pandangan dilontar dari sudut berbeza, pelajar akan dapat menghormati perbezaan pendapat, menerima pandangan terbaik dan mengelak daripada terjerumus dalam polemik tidak berfaedah.
MPPK adalah wadah utama yang memberi peluang kepada kepemimpinan pelajar di IPTA dan IPTS berbincang mengenai pelbagai isu penting negara bersama kepemimpinan tertinggi negara.
Empat pendekatan lahir remaja berinovasi, kreatif
2010/03/29
MELAKA: Kerajaan negeri menekankan empat pendekatan membabitkan pelajar sekolah sebagai usaha melahirkan lebih ramai generasi muda yang berinovasi dan berkreativiti tinggi, khususnya menjelang pengisytiharan Melaka negeri maju pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Yunos Husin, berkata pendekatan itu membabitkan penganjuran program 'Quality and Excellent Target' (sasaran berkualiti dan cemerlang) dengan tujuan untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar dalam meningkatkan kecemerlangan akademik.
"Kita juga menganjurkan Karnival Pendidikan yang menjadi platform untuk melahirkan individu yang inovatif dan kreatif bersesuaian dengan hasrat kerajaan mengisytiharkan tahun ini sebagai Tahun Inovasi dan Kreativiti.
"Pendekatan terakhir yang kita ambil adalah dengan menganjurkan aktiviti berkaitan mata pelajaran sains dan matematik kerana ia adalah satu langkah yang membabitkan daya kreativiti seseorang," katanya kepada Berita Harian, semalam.
Md Yunos berkata, beliau yakin melalui tindakan yang dilaksanakan itu akan dapat melahirkan lebih ramai masyarakat yang kreatif serta mampu bersaing di peringkat global. Sementara itu, Md Yunos yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek berkata, sejajar dengan pengisytiharan 2010 sebagai Tahun Inovasi dan Kreatif, kerajaan negeri mengambil langkah seiring dan terawal membangun dan memajukan bidang berkenaan dengan menubuhkan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan, Kreativiti, Inovasi dan Pengkormersialan (R&D, CIC) di bawah Perbadanan Bioteknologi dan K-Ekonomi negeri dengan hasrat melahirkan budaya inovasi dan kreativiti di kalangan rakyat.
Selain itu, katanya, jabatan itu juga berfungsi untuk mengkomersialkan produk melalui penyelidikan di kalangan rakyat Melaka serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
"Pada masa ini, Jabatan R&D sedang membuat kajian mengenai penggunaan teknologi diod pancaran cahaya (LED), cahaya organik mengeluarkan diod (OLED) dan Pembangunan Tenaga Solar (Sun Energy) sebagai sasaran untuk menjadikan Melaka sebagai Negeri Hijau," katanya.
Subjek Sejarah mesti lahirkan pelajar berfikiran kritis, kreatif
Oleh Zahari Othman
2010/11/29
LANGKAH kerajaan mewajibkan subjek Sejarah amat baik. Mempelajari sejarah penting bagi membolehkan kita bukan saja hidup harmoni di negara yang kita cinta ini malah jika kita ingin berhijrah ke negara lain. Memang wajar pendekatan (bukan fakta sejarah) subjek Sejarah diubah bagi memenuhi matlamat menjadikan proses pembelajaran Sejarah lebih bermakna dan menambah kefahaman pelajar mengenai budaya masyarakat majmuk yang seterusnya memupuk toleransi antara kaum. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu berasaskan perspektif pendidikan lebih luas dan jelas. Pendidikan harus dilihat sebagai proses pelajar diberi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk membolehkan mereka membina ilmu baru berasaskan pengetahuan sedia dan bukan mengehadkannya kepada maklumat guru di kelas atau kuliah.
Namun, mengikut pendapat dan kajian Profesor Emeritus Robert Swartz dari Universiti Massachusetts, Boston yang juga pengarah The National Center For Teaching Thinking USA, pendekatan tidak membolehkan pelajar menyedari bentuk kemahiran berfikir yang digunakan dan mempengaruhi kefahaman subjek yang dipelajari.
Beliau yang mempelopori idea The infusion of critical and creative thinking into content instruction menyarankan, kemahiran berfikir pelajar harus dibina melalui kandungan mata pelajaran itu sendiri.
Jika kita mahu pelajar mahir membuat keputusan, guru harus memilih tajuk bersesuaian. Contoh, guru boleh minta pelajar membayangkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman meminta pandangan rakyat sama ada Singapura harus kekal dalam Malaysia atau tidak. Dengan membekalkan fakta asas sejarah penubuhan Malaysia dan situasi politik ketika itu, guru boleh meminta pelajar berbincang dalam kumpulan dan mencari fakta tambahan untuk menulis surat kepada Perdana Menteri bagi menyatakan pendapat mereka.
Pendapat ini perlu diikuti beberapa pilihan yang perlu mereka cadangkan sebelum menyokong atau menentang pemisahan Singapura. Cara mengendalikan pengajaran begini harus dipelajari dengan lebih mendalam. Pendekatan ini juga sesuai untuk subjek lain dengan mengubah suai pendekatan mengikut kandungan subjek.
Dengan pendekatan ini pelajar tidak dibeban terlalu banyak kandungan subjek Sejarah dan lebih berminat serta faham dengan mendalam subjek itu. Pelajar juga boleh dibimbing mengamalkan tabiat minda produktif. Contoh, ketika perbincangan, pelajar dibimbing berkomunikasi dengan jelas dan tepat, mendengar pendapat rakan dengan beradab dan kritis, berkongsi idea dan pemikiran serta belajar mengubah suai pemikiran apabila idea didapati lebih baik daripada yang mereka dapati sebelumnya.
Antara kemahiran berfikir yang boleh diterapkan kepada pelajar ialah membuat analisis dan perbandingan serta melihat kelainan dengan tujuan membuat kesimpulan. Selain itu, kemahiran mengesan maklumat sahih, punca masalah dan kemahiran yang lebih mencabar seperti membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.
Apa yang berlaku di sekolah kini ialah guru memberi kandungan dalam subjek yang diajar mengikut tajuk. Akibatnya guru merungut dengan mengatakan pelajar malas berfikir. Namun, mereka tidak pernah diajar berfikir. Pelajar yang dikatakan malas berfikir sebenarnya menggunakan lower order thinking dan berasaskan pengalaman melalui pembelajaran latih tubi.
Inilah yang dinyatakan Profesor Emeritus Khoo Kay Kim mengenai bentuk pengajaran yang kesannya membantut perkembangan minda dan pemikiran pelajar.
Kita sering mendengar kes pelajar terbabit aktiviti tidak bermoral walaupun lulus cemerlang dalam subjek Moral dan Agama. Mereka juga mungkin lulus cemerlang subjek Sejarah tetapi selepas menjadi peguam, mempersoalkan kenapa guru diberi hak istimewa dalam Perlembagaan.
Oleh itu, kita berharap dan percaya kerajaan mampu membuat perubahan kandungan setiap subjek supaya tidak terlalu banyak. Ia memberi ruang kepada proses pembinaan kemahiran berfikir dan bentuk pentaksiran atau penilaian bersesuaian dengan hasrat mewujudkan pelajar kritis dan kreatif seterusnya mewujudkan generasi inovatif, berakhlak, beretika, berketrampilan dan kukuh jati diri.
Kita harap guru diberi latihan tambahan untuk menjadi ejen perubahan minda pelajar dan masyarakat. Kita tidak mahu guru di sekolah rendah hanya melanjutkan pelajaran untuk meningkatkan kelayakan akademik tetapi mengajar dengan pendekatan serupa. Kita tidak boleh terus membuat andaian bahawa peningkatan akademik akan menghasilkan mereka yang lebih mahir berfikir.
Brain Rules author tells parents why they want happy, not smart, kids
16 May 2011If you make sure your child is happy, you have the best shot at ensuring their access to whatever intelligence their DNA allows. - Photo ©iStockphoto.com / bo1982 |
By BRIGITTE ROZARIO
Hyperparenting is not encouraged. Parents should not be overly concerned about their child's intelligence and push their children to excel. This just adds to the child's stress and extinguishes their curiosity, even stunting higher-level thinking. Parents should instead attempt to spend more time having face-to-face interaction with their children. Children should also be allowed to play and explore, and their efforts, not IQ, should be praised. This is the gist of what developmental molecular biologist and author John Medina has to say. He is the author of Brain Rules for Baby and a host of other books on brain rules. According to Medina, hyperparenting is on the increase globally. “It is natural for parents to want the best for their children. Given that the information age is upon us, which reveals the importance of technology in driving wealth, education is the critical component for any country’s future economic success. That panics a lot of parents. As the economy increasingly becomes global, and competitive, I believe we will see an increase in hyperparenting,” he says via email. Parents often wonder what they should do. On one hand, there are experts who say the child should be encouraged but not pushed. On the other hand, the tiger mother in all Malaysians says push your child to excel because you know they can do better and to discourage the child from becoming a quitter. What does Medina say about this? “It depends on how safe the child feels when the parents are pushing. Too much pressure can actually be counterproductive. “It is important for parents to remember that the brain is not interested in learning. The brain is interested in surviving. If the survival issues in a child’s brain are met, their brain is happy to do calculus. But if it feels overly threatened or pressured, it has a very different set of goals it wants to achieve – none of which involve calculus. “I believe in strict discipline regarding learning. But if that discipline is consistently deployed in an atmosphere of unrelenting stress, the one thing the child will want to do is get away from it as soon as possible. They learn not to love learning, but to fear punishment, which drives them further from their books, not closer. That, of course, is the last thing a parent wants to have happen, which is why I used the word counterproductive,” he explains. The problem then lies in how to encourage a love of learning when our school environment is based so much on rote learning. Medina advocates having a combination of memorisation and improvisation. “At the cognitive neuroscience level, human learning is understood as an interaction between two intellectual abilities, and I recommend a healthy balance between two them. The first is the ability to create a memorised database. Children need to memorise things, and the ability to do this is called crystallised intelligence. But the second is the ability to improvise off that database. Children need to improvise off of their database almost as soon as they have learned it. “This talent we often call fluid intelligence. It is like a competent jazz musician. They learn music theory, then learn to improvise off of what they know. Any school system that only emphasises memorisation only gets half of the balance right. They are in danger of creating robots, and won’t win any Nobel prizes. “Any education system that only emphasises improvisation also only gets half the balance right. They are in danger of creating people who can only play air guitar. They won’t get any Nobels either,” he says.
Hyperparenting is not encouraged. Parents should not be overly concerned about their child's intelligence and push their children to excel. This just adds to the child's stress and extinguishes their curiosity, even stunting higher-level thinking. Parents should instead attempt to spend more time having face-to-face interaction with their children. Children should also be allowed to play and explore, and their efforts, not IQ, should be praised. This is the gist of what developmental molecular biologist and author John Medina has to say. He is the author of Brain Rules for Baby and a host of other books on brain rules. According to Medina, hyperparenting is on the increase globally. “It is natural for parents to want the best for their children. Given that the information age is upon us, which reveals the importance of technology in driving wealth, education is the critical component for any country’s future economic success. That panics a lot of parents. As the economy increasingly becomes global, and competitive, I believe we will see an increase in hyperparenting,” he says via email. Parents often wonder what they should do. On one hand, there are experts who say the child should be encouraged but not pushed. On the other hand, the tiger mother in all Malaysians says push your child to excel because you know they can do better and to discourage the child from becoming a quitter. What does Medina say about this? “It depends on how safe the child feels when the parents are pushing. Too much pressure can actually be counterproductive. “It is important for parents to remember that the brain is not interested in learning. The brain is interested in surviving. If the survival issues in a child’s brain are met, their brain is happy to do calculus. But if it feels overly threatened or pressured, it has a very different set of goals it wants to achieve – none of which involve calculus. “I believe in strict discipline regarding learning. But if that discipline is consistently deployed in an atmosphere of unrelenting stress, the one thing the child will want to do is get away from it as soon as possible. They learn not to love learning, but to fear punishment, which drives them further from their books, not closer. That, of course, is the last thing a parent wants to have happen, which is why I used the word counterproductive,” he explains. The problem then lies in how to encourage a love of learning when our school environment is based so much on rote learning. Medina advocates having a combination of memorisation and improvisation. “At the cognitive neuroscience level, human learning is understood as an interaction between two intellectual abilities, and I recommend a healthy balance between two them. The first is the ability to create a memorised database. Children need to memorise things, and the ability to do this is called crystallised intelligence. But the second is the ability to improvise off that database. Children need to improvise off of their database almost as soon as they have learned it. “This talent we often call fluid intelligence. It is like a competent jazz musician. They learn music theory, then learn to improvise off of what they know. Any school system that only emphasises memorisation only gets half of the balance right. They are in danger of creating robots, and won’t win any Nobel prizes. “Any education system that only emphasises improvisation also only gets half the balance right. They are in danger of creating people who can only play air guitar. They won’t get any Nobels either,” he says.
Medina says that parents also need to spend more time with their children, interact with and engage them. |
Brain Rules for Baby is Medina's attempt to show parents how to get kids to mobilise whatever intelligence they were given at birth. The research literature is very clear that the way to not accomplish this goal is to hyperparent them, he explains.
While a lot of what Medina says in his book is not new, he firmly believes that his books offers something to parents.
He explains:
“The reason is accessibility. A great deal of the research cited in the books has been sitting around gathering dust in obscure research journals. Even if it were widely available, unless you are a neuroscientist, a great deal of that text is unreadable. Yet what it has to say is profound, to parents, to businesses to educators.
“People interested in learning should pick up the book for two reasons: 1) It is based on these peer-reviewed findings; and 2) It is written in a style that is accessible to people who are not professional brain scientists.”
In his book, Medina says that parents also need to spend more time with their children, interact with and engage them as well as watch TV with them so that they can discuss issues/points in the programmes.
He writes that parents also need to exhibit a loving relationship with each other; dads need to share in the workload, chores and parenting.
“Work/life balance is hard in any culture, but ultimately it comes down to how much of a priority you want your children to be in your life. If you are not willing to make them the highest priority, I suggest to couples that they not have children. Children are the future of every culture, and this responsibility is just too great to be left to people who would rather work all day than be good mums and dads,” he says.
How about divorced families, then?
“It is true that one of the greatest predictors of a child’s academic success is the emotional stability of the home. But it is not divorce that does all the damage, nor is it the amount of arguing and fighting. What does the damage is a child’s lack of exposure to reconciling behaviour.
“Parents will often fight in front of their children, but will 'make up' in private. That imbalance is toxic, whether or not the couple is divorced, because the child only sees the fighting, never the tools for reconciliation. The best advice would be for couples, if they choose to fight in front of their kids, to also make up in front of their kids,” he says.
Medina has a lifelong fascination with how the mind reacts to and organises information. He is the author of the New York Times bestseller Brain Rules: 12 Principles for Surviving and Thriving at Work, Home, and School. He is an affiliate professor of bioengineering at the University of Washington School of Medicine and director of the Brain Center for Applied Learning Research at Seattle Pacific University.
His research speciality is the genetics of psychiatric disorders, most of it spent as a private consultant to pharmaceutical and biotech companies.
He says that understanding how the brain works typically is the first step in understanding what happens when things go wrong – whether one is talking about bigotry or criminal intent.
What is his final advice for parents in terms of smart vs happy children?
“Happy. The brain has the best access to its many talents when it feels safe, secure and happy. If you make sure a kid is happy, you have the best shot at ensuring their access to whatever intelligence their DNA allows. You can show this empirically. Unhappy kids are much more susceptible to anxiety and depressive disorders. As a result, they don’t get as good grades as happy children,” he says.